Monday, June 16, 2008

Mintak maaf rakan2

Assalamualaikum rakan2 sekalian.. Di harapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat.. Aku memohon maaf kerana sudah agak lama aku tidak update blog aku.

Untuk pengetahuan anda semua, selama 2 minggu ketiadaan aku di YM dan juga blog, adalah di sebabkan kerana aku di tugaskan oleh SV aku untuk bertugas di Petaling Jaya, bagi menggantikan salah seorang staf di sana yang bercuti kahwin.

Di sana aku langsung tidak berpeluang untuk rilek2 atau rehat2 seperti Kg Baru ni. Di sana, aku di push, push, push dan push untuk membuat kerja2 yang di tinggal kan oleh staf yang bercuti. Macam2 kerenah orang yang aku terpakse layan di sana. Dan macam2 jugalah layanan orang terhadap aku. Ada yang melayan aku baik, ada yang kasar, ada yang manje2, ade yang kurang ajar dengan aku.

Hehe sebenarnya bekerja di Automall PJ amat memberi kesan yang mendalam kepada aku, baik dari segi kemahiran berkomunkasi dan kemahiran teknikal aku sendiri. Kini aku sudah kembali ke Kg Baru, dan bermulalah kembali sesi 'rehat dalam aircond'...

Friday, May 30, 2008

Kebodohan Membawa Malang

Akhbar Metro hari ini (31 Mei) melaporkan kes kejadian bunuh seorang gadis berusia 19 tahun di Seremban. Motifnya menurut pihak polis, adalah berdasarkan cemburu.

Bagi saya ini adalah cerita yang amat mudah untuk di fahami. Kerana kedua-duanya bodoh dan tidak memikirkan tindakan dan akibat dari sesuatu perbuatan mereka itu.

Ini dapat memberi pengajaran kepada kita, untuk belajar menghargai sesuatu dan untuk sentiasa berfikiran rasional semasa bertindak. Apa perlunya seorang kekasih baru, walhal telah pun mempunyai seorang kekasih di hati? Apa perlunya ber'angkat2' dengan orang lain, jika hanya membawa kepada kemusnahan hidup? Apa gunanya melakukan jenayah sehingga sanggup membunuh? Bukankah ada pilihan lain dalam memilih pasangan? Ramai lagi wanita di Malaysia, tetapi mengapa perlu mengambil langkah yang teruk?

Tengok, siapa yang rugi? Keluarga juga yang rugi. Bertahun-tahun mendidik dan berkorban demi anak, ini yang jadi. Si gadis, masuk bawah tanah, dan si teruna, masuk penjara. Minta maaf jika saya terkasar bahasa dan berkata buruk mengenai si mati, tetapi inilah hakikatnya yang terjadi sebagai rakyat Malaysia. Gagal menghargai apa yang ada, dan bertindak melulu tanpa memikirkan akibat tindakan terbabit.

Ini cerita budak-budak baaaiii. Senang cerita, 'dah ada pakwe, nak yang lain'. Dan tidak kisah lah hal ini terjadi, kerana sikap kebudak-budakan kedua-dua lelaki dan perempuan.

Semoga roh si mati di berkati Allah dan di tempatkan di kalangan orang beriman..Al-Fatihah

Korban Cinta Tiga Segi

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mary Victoria Dassam@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Mak jangan bimbang dengan keselamatan kakak, kedua-duanya (teman lelaki) amat baik dan boleh menerima keputusan kakak,” begitulah perbualan terakhir mangsa bunuh, Nora Jumaat, 19, dengan ibunya, menerusi telefon kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui di sebuah hotel murah di Seremban, semalam.

Ibu pelajar kolej swasta itu, Rohani Atan Chik, 40, berkata dalam perbualan itu, Nora atau dipanggil kakak dalam keluarga memujuknya supaya jangan resah dengan cinta tiga seginya dengan dua pemuda selain menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya di Johor.

“Kakak memberitahu dia semakin rapat dengan seorang kenalannya di Seremban yang sebelum ini menjadi abang angkatnya dan ingin menjalin hubungan istimewa dengannya.“Nora hanya berulang kali memberitahu kedua-dua lelaki yang rapat dengannya itu baik dan tidak mungkin mengancam keselamatannya apabila mengetahui keputusan yang dibuatnya (memutuskan hubungan dengan seorang daripada mereka).

“Justeru, saya menasihatinya membuat keputusan matang dan menjaga keselamatan dirinya di sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Masai, dekat sini, malam tadi.

Nora dipercayai dibunuh antara jam 6 hingga 7 pagi semalam, berdasarkan keadaan mayatnya ketika ditemui dalam bilik hotel berkenaan.

Mangsa mati akibat dijerut dan berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan akibat cemburu selepas wujud orang ketiga dalam hubungan cintanya dengan suspek. yang membunuhnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Suspek yang berusia 21 tahun, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada jam 2.30 petang semalam, kira-kira lapan jam selepas dia dipercayai membunuh teman wanitanya.

Menurut Rohani, dia tidak menyangka akan kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu yang tinggal di asrama sejak memulakan pengajiannya di sebuah kolej di Seremban, tahun lalu.

Katanya, keluarganya terkilan apabila menerima berita mengenai nasib malang menimpa anaknya jam 5.30 petang semalam kerana Nora menyatakan rancangan untuk pulang ke rumah awal Jun ini.

“Arwah memberitahu merindui keluarga dan meminta bapanya, Jumaat Abdul Jalil, 39, memasukkan wang RM20 ke akaunnya bagi membolehkannya membeli tiket bas ekspres untuk pulang ke Johor, minggu depan,” katanya sebak menceritakan kenangan bersama arwah.

Rohani berkata, Nora tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika berbual dengannya menerusi telefon, malam kelmarin.

“Kami sekeluarga tidak dapat membayangkan kejadian menimpa Nora kerana arwah tidak pernah mengadu mengenai teman lelakinya sebelum ini.

“Kejadian ini amat perit bagi kami. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam termasuk memandu teksi bagi menampung perbelanjaan hariannya di sana supaya arwah dapat meneruskan pengajian tiga tahun kerana dia dijangka menamatkan pengajiannya tahun depan.

“Malangnya, impian kami akhirnya terkubur begitu saja apabila dia kini sudah tiada,” katanya.

Sumber: Harian Metro 31 Mei 2008
Komen berada di atas post ini.. Sekian Terima Kasih

Sunday, May 25, 2008

Impian tercapai..

Yeaaaaaaa.. Impian semua penyokong Chelsea yang beragama Islam dah tercapai.. Avram Grant telah di pecat dari jawatan pengurus Chelsea. Ternyata pengurus Israel tersebut tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.. Dah adat orang Israel, cakap je besar, tapi takdak apaaaa..

Walau sesiapa sahaja yang menggantikan Avram Grant di Chelsea, aku mengharapkan biarlah seseorang yang baik dari segi taktikalnya, untuk guide Chelsea. Dengar-dengar khabar angin bahawa Guus Hiddink (pengurus pasukan Russia sekarang) di sebut-sebut bakal menggantikan Grant.

Setahu aku, Guus Hiddink ni memang seorang manager yang famous dan juga taktikalnya boleh pakai. Pernah membawa pasukan Korea pada Piala Dunia 2002, dan ketika itu Korea menjadi 'giant killer' apabila menundukkan Itali dan Sepanyol pada kejohanan edisi 2002 tersebut. Selepas itu, beliau mengambil alih tugasan di PSV Eindhoven, dan menjuarai Liga Eredivisie Belanda 2 kali berturut-turut. Semasa dengan PSV, beliau di tawarkan pula tugas sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Australia. Memegang 2 jawatan sekaligus tidak menghalang Hiddink dari mendapat keputusan yang baik, samada peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Setelah meletakkan jawatan sebagai jurulatih PSV dan Australia, beliau mengambil keputusan untuk mengambil-alih tugas sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Russia. Pasukan Russia seperti yang di jangka, mudah layak ke Euro 2008 setelah persembahan baik di peringkat kelayakan, termasuk menundukkan pasukan England 2-1 di Russia.

Begitulah sedikit sebanyak kejayaan Hiddink. Mungkin ada lagi kejayaan beliau yang lain, tapi maybe aku tak tahu di sebabkan aku pun lahir tahun 1986..

Friday, May 23, 2008

Kita tumpas..

Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih. Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan semata-mata rumah api. Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut. Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia dan Singapura melalui satu perjanjian yang dimeterai di Putrajaya pada 6 Februari 2003 bersetuju untuk merujuk pertikaian sempadan berhubung Pulau Batu Putih kepada ICJ. Selepas menghantar memorial (hujah bertulis), kedua-dua negara memulakan hujah lisan pada 6 hingga 23 November lalu.

Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.” Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata.

Mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953. Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.

Lebih daripada itu, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.

Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan ‘Lighthouse, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)' di Pulau Batu Putih turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan.

Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura.

Mengenai Middle Rocks, bentuk maritim itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Putih dari sudut sejarahnya iaitu kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor. Mengambil kira fakta tersebut, penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura yang didorong oleh surat pada 1953 dan kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak memberi kesan kepada Middle Rocks.

Oleh itu, hak milik asal Middle Rocks kekal kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan.

Dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, mahkamah berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Putih yang kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia. Mahkamah hanya diminta untuk memutuskan kedaulatan ketiga-tiga bentuk maritim itu secara berasingan dan pada masa yang sama, mahkamah tidak diberi kuasa untuk menetapkan garis persempadanan wilayah perairan Malaysia dan Singapura. Dalam hal ini, mahkamah merumuskan kedaulatan South Ledge adalah milik negara yang perairannya terletak bentuk maritim itu.

Di harapkan kita rakyat Malaysia dapat bersabar dan bersikap professional dengan perkembangan terbaru ini dan tidak mewujudkan sebarang kekecohan, demi keamanan dan keselamatan negara.

Thursday, May 22, 2008

21 May yang lepas menyaksikan pertembungan 2 gergasi Liga Inggeris, Manchester United dan Chelsea di dalam saingan penuh berprestij, Liga Juara-Juara Eropah.

Manchester United, yang kali terakhir memenangi kejohanan ini pada 1999 pasti mahu mengulangi kejayaan tersebut dan menambah trofi di kabinet mereka setelah memenangi Liga Inggeris baru-baru ini.

Tetapi bagi Chelsea, perlawanan final ini pasti menjadi perlawanan 'do or die', memandangkan mereka tidak pernah bergelar juara Eropah pada peringkat tertinggi. Kali terakhir gelaran Eropah yang mereka sandang adalah gelaran Piala Pemenang Piala (UEFA Cup Winners' Cup) yang seperti anda ketahui, sudah di mansuhkan memandangkan tahap sambutan dan tahap kepentingan yang kurang memberangsangkan..

Akhirnya pasukan Manchester United, muncul sebagai juara setelah berjaya menundukkan Chelsea 6-5 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada 90 minit masa permainan dan juga masa tambahan silver goal.

Tibalah masanya untuk giliran Manchester United menjulang piala Liga Juara-Juara setelah beberapa tahun mencuba dan menanti dengan penuh sabar. Well, they deserved it, walaupun satu ketika United seakan-akan hilang arah tatkala Chelsea melakukan serangan bertali arus pada separuh masa kedua. Walaupun saya penyokong Chelsea, tetapi saya cuba untuk tidak membabitkan emosi di dalam penulisan saya ini, FOR THE SAKE OF FOOTBALL! Football, we love it!

Congratulations United.. And for Chelsea, sack that Israeli! Tunggu ape lagi..

What can you say about your practical training..

Rakan-rakan sekalian..

Sedar tak sedar sudah 3 minggu kita bergelumangan dengan dunia kerja 'pergi pagi balik lewat petang'. Walaupun kita hanya trainee, tetapi pengalaman 2 bulan ini aku rasakan dapat memberi banyak pengajaran dan juga proses kita untuk membiasakan diri dengan dunia pekerjaan, tatkala kita sudah grad kelak.

Di Naza Motor, macam-macam orang aku jumpa. Ada yang bodoh sombong, ada yang pandai terkedu-kedu, ada yang menyorok di sebalik tudung. Kalau anda semua free, datang lah ke office aku hari sabtu 9:00-1:00. Macam-macam dressing kau orang akan jumpe baaaaiii haha. Ada yang terdedah dada tapi pandai pulak nak tutup kepala (tudung), ada jugak yang 'berlemak' tetapi pakai cam balut nangka (ketat!)... Haha kelakar pun ada..

Ada yang berlagak macam bos, tapi sebenarnye kuli jugak macam aku. Cakap nak kasar-kasar aje, orang tanye bebaik ade ke di balasnya dengan ekspresi muke yang agak ketat, dan intonasi seperti 'manager bolasepak yang yang pasukannya ketinggalan 8-0' haha, marah beb..

Sorry, tapi jangan kate aku asyik tengok orang je keje, keje tak buat. Bukan macam tu, bak kate aku, kalau dah masuk kandang harimau, pastu kau kate tak nampak harimau, kan tengin namenye tu haha. Ni la yang aku nak kongsi dengan korang ni.

Tapi aku suke hidup cam sekarang. Kerja, kat tempat kerja. Tapi once dah balik rumah, kerja semua tinggal, rehat secukupnya sebelum memulakan kerja keesokan hari. Dengan peluang kerja ni la, aku dapat tengok Kuala Lumpur yang sebenar.. Rona-rona kehidupan Kuala Lumpur..

Pagi di Kuala Lumpur sungguh aktif, semua orang berpusu-pusu mencari rezeki, halal di mamah teknologi (eh cam lagu Hujan pulak).. Bila dah malam, terasa sayu melihat Kuala Lumpur perlahan-lahan beransur-ansur 'tidur', di mana saat ini la anda dapat melihat lampu-lampu neon mula tertutup, dan menanti cabaran keesokannya. . . . .