Friday, May 30, 2008

Korban Cinta Tiga Segi

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mary Victoria Dassam@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Mak jangan bimbang dengan keselamatan kakak, kedua-duanya (teman lelaki) amat baik dan boleh menerima keputusan kakak,” begitulah perbualan terakhir mangsa bunuh, Nora Jumaat, 19, dengan ibunya, menerusi telefon kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui di sebuah hotel murah di Seremban, semalam.

Ibu pelajar kolej swasta itu, Rohani Atan Chik, 40, berkata dalam perbualan itu, Nora atau dipanggil kakak dalam keluarga memujuknya supaya jangan resah dengan cinta tiga seginya dengan dua pemuda selain menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya di Johor.

“Kakak memberitahu dia semakin rapat dengan seorang kenalannya di Seremban yang sebelum ini menjadi abang angkatnya dan ingin menjalin hubungan istimewa dengannya.“Nora hanya berulang kali memberitahu kedua-dua lelaki yang rapat dengannya itu baik dan tidak mungkin mengancam keselamatannya apabila mengetahui keputusan yang dibuatnya (memutuskan hubungan dengan seorang daripada mereka).

“Justeru, saya menasihatinya membuat keputusan matang dan menjaga keselamatan dirinya di sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Masai, dekat sini, malam tadi.

Nora dipercayai dibunuh antara jam 6 hingga 7 pagi semalam, berdasarkan keadaan mayatnya ketika ditemui dalam bilik hotel berkenaan.

Mangsa mati akibat dijerut dan berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan akibat cemburu selepas wujud orang ketiga dalam hubungan cintanya dengan suspek. yang membunuhnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Suspek yang berusia 21 tahun, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada jam 2.30 petang semalam, kira-kira lapan jam selepas dia dipercayai membunuh teman wanitanya.

Menurut Rohani, dia tidak menyangka akan kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu yang tinggal di asrama sejak memulakan pengajiannya di sebuah kolej di Seremban, tahun lalu.

Katanya, keluarganya terkilan apabila menerima berita mengenai nasib malang menimpa anaknya jam 5.30 petang semalam kerana Nora menyatakan rancangan untuk pulang ke rumah awal Jun ini.

“Arwah memberitahu merindui keluarga dan meminta bapanya, Jumaat Abdul Jalil, 39, memasukkan wang RM20 ke akaunnya bagi membolehkannya membeli tiket bas ekspres untuk pulang ke Johor, minggu depan,” katanya sebak menceritakan kenangan bersama arwah.

Rohani berkata, Nora tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika berbual dengannya menerusi telefon, malam kelmarin.

“Kami sekeluarga tidak dapat membayangkan kejadian menimpa Nora kerana arwah tidak pernah mengadu mengenai teman lelakinya sebelum ini.

“Kejadian ini amat perit bagi kami. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam termasuk memandu teksi bagi menampung perbelanjaan hariannya di sana supaya arwah dapat meneruskan pengajian tiga tahun kerana dia dijangka menamatkan pengajiannya tahun depan.

“Malangnya, impian kami akhirnya terkubur begitu saja apabila dia kini sudah tiada,” katanya.

Sumber: Harian Metro 31 Mei 2008
Komen berada di atas post ini.. Sekian Terima Kasih

3 comments:

syg sweet said...

salam kenalan, terasa sedih dan rindu akan arwah nora binti jumaat.. sy kwn baik dia.. sebelum dia pergi,dia pernah nyatakan hasratnya utk mkn kek coklat kegemaran dia.

seminggu sblm dia pergi, sy susah payah cr bhn kueh kek dan pembakar kueh smsa diapartment.

xthulh, esoknnya sy nk balik jb cuti semester, sy dtng aprtmnt dia hntr kek yg dh siap semalaman sy buat. tp die xde.. kek yg nk diberi, sy beri pada lecturer..

hajat dia xkesampaian utk mkn kek sy buat.. dia ckp 2hari sblm sy balik jb, die teringin nk mkn.. :( dia tnye sy, ayie, kalau ayu xde nnt ayie jgn sedeh... sy ingtkn dia main2... pas 5 hari sy kt jb, sy dpt berita dari kwn sy 'kuzaimah' nora binti jumaat dh pergi meninggalkan kte...

ya allah, tuhan shj yg tahu sebaknya dada sy.. pg jumaat tu, kuku sy terhiris pisau.. cemas hty dibuatnya.. risau sesuatu berlaku...

sy xdpt terima keadaan tu mse dia pergi.. sedeh yg teramat.. ;( knpa tuhan ambil sahabat sy.. apa yg mampu sy buat, hnya mendoakan arwah tenang disana. alfatihah..

syg sweet said...

masih tersimpan rapi gmbr arwah bersama sy... kenangan yg xmungkin dilupakan....

Unknown said...

Sahabat masa zaman sekolah dulu, tak sangka allah lebih sygkan arwah 😭😭 arwah seorang yg sangat lemah lembut dan baik..